abuazzam

Saturday, October 20, 2007

Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi Menolak Penjenamaan Islam dengan Pelbagai Nama (from www.zaharuddin.net)

Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi Menolak
Penjenamaan Islam Dengan Pelbagai Nama
( beberapa petikan dari artikel asal dan terjemahan beberapa teks sahaja)
Rujuk Artikel Asal

من التعبيرات التي يُشنِّع بها العلمانيون والحداثيون تعبير (الإسلام السياسي)، وهي عبارة دخيلة على مجتمعنا الإسلامي بلا ريب،
Ertinya : Antara slogan-slogan yang dipelopori oleh puak secular dan kumpulan modernisme adalah slogan 'Islam Siyasi', iaitu satu bentuk slogan asing yang telah memasuki masyarakat islam tanpa ragu lagi.
وهم يطلقون هذه الكلمة (الإسلام السياسي) للتنفير من مضمونها ومن الدعاة الصادقين الذين يدعون إلى الإسلام الشامل؛ باعتباره عقيدة وشريعة، وعبادة ومعاملة، ودعوة ودولة.
Ertinya : Gelaran yang mereka berikan ini iaitu "Al-Islam As-Siyasi" sebenarnya untuk menjauhkan orang ramai dari kandungan islam yang sebenarnya dan bagi menghambat dari para pendakwah ikhlas yang sentiasa mengajak kepada pelaksanaan Islam secara sepenuhnya, aqidah, syariah, ibadat, muamalat, dakwah dan kenegaraan.
وقد كنت رددت على هذه الدعوة، وفنَّدت هذه التسمية في فتوى مطوَّلة، ظهرت في الجزء الثاني من كتابي: (فتاوى معاصرة)، ويحسن بي أن أقتبس فقرات منها فيما يلي:
Ertinya : Sejak dahulu aku telah menolak ajakan (slogan) ini dan aku juga telah menolak penamaan (gelaran) sebegini dalam fatwa yang panjang lebar yang boelh dilihat dalam juzu kedua dari kitabku " Fatawa Muasiroh", maka eloklah aku memetik beberapa peranggan darinya sebagaimana berikut :-
هذه التسمية مردودة وخاطئة:
وذلك لأنها تطبيق لخُطة وضعها خصوم الإسلام، تقوم على تجزئة الإسلام وتفتيته بحسب تقسيمات مختلفة، فليس هو إسلامًا واحدًا كما أنزله الله، وكما ندين به نحن المسلمين؛ بل هو (إسلامات) متعدِّدة مختلفة كما يحب هؤلاء.
فهو ينقسم أحيانًا بحسب الأقاليم: فهناك الإسلام الآسيوي، والإسلام الإفريقي.
Ertinya :
Ini adalah penamaan (istilah) yang terolak dan salah
Ia sebenarnya adalah satu bentuk pelaksanaan perancangan yang diletakkan oleh musuh-mush Islam. Dibina atas asas ingin memecah-belahkan Islam dengan pembahagian-pembahagian yang berbeza sehingga seolah-olah ia bukan Islam yang satu seperti yang diturunkan oleh Allah s.w.t, dan seolah-olah ia juga bukan sebagaimana (Islam) yang umat dianuti oleh kita umat Islam. Mereka (telah wujudkan) banyak Islam yang berbeza mengikut kesukaan mereka.
Antaranya mereka bahagikan Islam kepada pembahagian sempadan seperti : "Islam Asia" dan "Islam Afrika"
وأحيانًا بحسب العصور: فهناك الإسلام النبوي، والإسلام الراشدي، والإسلام الأُموي، والإسلام العباسي، والإسلام العثماني، والإسلام الحديث.
Ertinya : Kadangkala mereka bahagikan menurut waktu " Islam Nabawi", "Islam Rasyidi (zaman khulafa)", "Islam Umayi", "Islam Abbasi", "Islam Uthmani", "Islam al-Hadith (moden)"
وأحيانًا بحسب الأجناس: فهناك الإسلام العربي، والإسلام الهندي، والإسلام التركي، والإسلام الماليزي... إلخ.
Ertinya : Adakalanya mereka namakan menurut jenis kaum seperti : "Islam Arabi", "Islam India", "Islam Turki", "Islam Malaysia" dan lain-lain.
وزادوا على ذلك تقسيمات جديدة: فهناك الإسلام الثوري، والإسلام الرجعي أو الراديكالي، والكلاسيكي، والإسلام اليميني، والإسلام اليساري، والإسلام المُتزمِّت، والإسلام المُنفتح، وأخيرًا الإسلام السياسي، والإسلام الروحي، والإسلام الزمني،!.
Ertinya : Dan mereka juga menambah pembahagian baru yang seterusnya : sehingga ada "Islam Thawri (revolusi), "Islam Radikal dan Klasik", "Islam Al-Yamini (Haluan Kanan)", "Islam Al-Yasari (Haluan Kiri), "Islam Al-Mutazammit (Rigid), "Al-Islam Al-Munfateh (terbuka) dan akhirnya wujud pula "Al-Islam As-Siyasi" , "Al-Islam Ar-Ruhi ( ruh), "Al-Islam Az-Zamani (semasa)
تقسيمات مرفوضة للإسلام:
والحق أن هذه التقسيمات كلَّها مرفوضة في نظر المسلم، فليس هناك إلا إسلام واحد لا شريك له، ولا اعتراف بغيره، هو (الإسلام الأول)، إسلام القرآن والسنة.
الإسلام كما فهمه أفضل أجيال الأمة وخير قرونها، من الصحابة ومن تبعهم بإحسان، ممَّن أثنى الله عليهم ورسوله.
Ertinya : Semua penamaaan dan pembahagian ini ditolak dalam Islam. Tiada Islam kecuali hanya satu Islam dan tiada sekutu atau pelbagai jenis baginya. Tiada harus memberi pengiktirafan kepada selainnya, yang diiktiraf hanyalah Islam yang terawal yang bersumber dari Al-Quran dan As-Sunnah. Islam yang difahami oleh sebaik-baik generasi dan kurun dari kalangan sahabat dan tabien yang telah dipuji oleh Allah dan RasulNya.
فهذا هو الإسلام الصحيح، قبل أن تشُوبه الشوائب، وتلوِّث صفاءه تُرَّهَات المِلَل وتطرفات النِّحَل، وشطحات الفلسفات، وابتداعات الفِرَق، وأهواء المُجادلين، وانتحالات المُبطلين، وتعقيدات المُتنطِّعين، وتعسُّفات المُتأوِّلين الجاهلين.
Ertinya : Inilah dia Islam yang benar, sebelum dicemari kekotoran dan kekarutan ideologi, falsafah, rekaan puak-puak, hawa nafsu para pendebat, penyusahan oleh puak pelampau, dan salahguna puak pentakwil yang jahil.
Sekian
http://www.zaharuddin.net/
7 September 2007

Zina di rumah ibu bapa

Adalah sangat menyedih dan menakutkan kan apabila ada ibu bapa sudah ke tahap ini...sama-sama kita renungkan.


Zina di rumah ibu bapa (harian metro)
SAYA gadis berusia 19 tahun dan tinggal bersama keluarga. Saya bekerja di sebuah pusat beli-belah di Kuala Lumpur dan biasanya balik kerja kira-kira jam 9 malam.Hampir setiap hari teman lelaki saya yang berusia 21 tahun menjemput saya di tempat kerja dan menghantar saya pulang ke rumah.
Masalah saya sekarang, biasanya selepas menghantar saya ke rumah, teman lelaki saya malas untuk pulang ke rumahnya yang jauh dengan masa perjalanan kira-kira 45 minit.Jadi, dia lebih suka tidur di rumah keluarga saya. Kami tidur sebilik. Biarpun emak dan ayah tahu perkara ini, mereka tidak pernah menegur perbuatan kami. Mereka hanya melihat dan mendiamkan diri.Setiap kali tidur sebilik, pasti kami melakukan perbuatan terlarang, termasuk zina. Perbuatan itu saya lakukan di atas kerelaan sendiri kerana saya rasa emak dan ayah tidak ambil peduli. Saya juga hairan kenapa mereka tidak pernah memarahi atau melarang perbuatan saya tidur sebilik dengan teman lelaki.Hubungan saya dan teman lelaki berjalan hampir dua tahun dan kami melakukan perbuatan terlarang itu sejak setahun lalu. Bagaimanapun, saya sayang dan suka sikap teman lelaki yang mengambil berat ke atas saya. Kami tidak pernah bergaduh sehingga boleh memutuskan hubungan.Dang Setia, apa perlu saya lakukan untuk mengelak terus menerus berzina dengan teman lelaki. Saya tidak mahu terus melakukan dosa dan saya juga terlalu sayangkan teman lelaki saya.INGIN BIMBINGANKuala LumpurJika benar apa yang saudari ceritakan, nampaknya apa yang sangat-sangat Dang Setia bimbangkan kini berlaku dalam masyarakat kita, iaitu apabila orang Melayu Islam berkelakuan lebih kebaratan berbanding orang Barat.Kira-kira 20 tahun dulu ketika masih bersekolah, Dang Setia diberitahu oleh guru melakukan hubungan seks luar nikah di kalangan remaja adalah perkara biasa bagi orang Barat.Apabila anak gadis mereka keluar rumah pada waktu malam, ibu bapa tidak melarang, sebaliknya cuma berpesan jangan lupa makan pil pencegah hamil.Kata guru Dang Setia, jangan terkejut jika situasi serupa berlaku dalam masyarakat kita yang terlalu mudah terpengaruh dengan budaya kuning orang Barat.Mendengar kata-kata guru itu, Dang Setia seakan-akan tidak boleh menerimanya kerana percaya sejahat-jahat orang Melayu kita, tidak akan sampai ke tahap itu.Namun, nampaknya Dang Setia nyata tersilap kerana apa yang berlaku ke atas saudari membuktikan kata-kata guru Dang Setia tepat sekali.Malah, ibu bapa saudari jelas lebih kebaratan daripada orang Barat. Ini kerana saudari bukan melakukan hubungan seks luar nikah di luar rumah, tetapi di dalam rumah di mana ibu bapa saudari juga tinggal bersama dan mereka tidak menegah perlakuan itu.Mudah-mudahan tidak ramai ibu bapa Islam lain bersikap seperti ibu bapa saudari kerana jika jumlahnya ramai, Dang Setia takut Allah akan menurunkan bencana kepada kita kerana melanggar perintah-Nya.Jika Allah menurunkan bencana, bukan saudari dan keluarga saudari saja yang kena, tapi seluruh masyarakat turut merasainya.Justeru, sementara masih ada kesempatan, Dang Setia merayu kepada saudari supaya insaf dan bertaubat segera kepada Allah.Jangan tunggu sehingga bencana datang atau ketika nyawa hendak dipisahkan daripada badan, baru kita hendak menyesal dan bertaubat.Saudari tahu apa yang saudari lakukan jelas perbuatan yang dilarang Allah. Biarpun ibu bapa tidak menegah perbuatan saudari, itu tidak bermakna saudari boleh terus melakukannya.Apabila saudari menerima pembalasan daripada Allah di akhirat kelak akibat perbuatan itu, ibu bapa saudari juga tidak dapat menolong.Ini kerana saudari sudah akil baligh dan tahu yang mana dosa, yang mana pahala. Malah, ibu bapa saudari juga menerima pembalasan Allah kerana tidak menjalankan tanggungjawab mencegah saudari daripada melakukan perbuatan mungkar.Oleh itu, jika saudari sayangkan ibu bapa, hentikan daripada terus berzina kerana perbuatan itu juga menyumbang dosa kepada mereka berdua.Dang Setia percaya, punca utama saudari dan keluarga saudari tidak takut melanggar perintah Allah ialah kejahilan terhadap agama.Saudari harus sedar, Islam bukan sekadar agama anutan, ia agama yang lengkap dan turut mencakupi segala aspek kehidupan.Sebab itu alim ulama mengatakan, Islam itu cara hidup. Apabila kita mengaku beragama Islam, kita wajib mengamalkan cara hidup mengikut acuan Islam. Ia bukan untuk keburukan, sebaliknya untuk kebaikan hidup kita di dunia dan akhirat.Saudari pasti sukar atau tidak mampu keluar daripada kehidupan yang penuh dengan kejahilan jika tidak berusaha ke arah itu. Maksudnya, saudari perlu berusaha. Jika tiada ilmu, saudari perlu belajar.Jangan harapkan ibu bapa, sebaliknya saudari perlu berusaha sendiri. Mudah-mudahan usaha saudari untuk mendekati Islam akan turut menyuntik kesedaran kepada mereka.Pada masa sama, Dang Setia sedar bukan mudah untuk saudari berjuang sendirian dalam usaha mengeluarkan diri daripada belenggu kejahilan, tanpa bantuan ibu bapa serta orang terdekat.Oleh itu, untuk memastikan saudari tidak terus hidup bergelumang dosa, Dang Setia berpendapat ada baiknya saudari berkahwin saja dengan teman lelaki.Biarpun secara dasarnya usia saudari terlalu muda untuk berkahwin, namun berdasarkan situasi saudari, Dang Setia berpendapat perkahwinan adalah sesuatu yang perlu dan penting untuk saudari bagi mengelak zina.

Hanya hudud mampu cegah jenayah - Subky A Latif

Hanya hudud mampu cegah jenayah
Subky Abdul Latif Mon Oct 08, 07 1:51:30 pm MYT
Keterangan polis dalam seminggu ini menyebutkan kadar jenayah di Malaysia pada keseluruhannya adalah meningkat. Hanya di tempat tertentu kadar itu menurun, tetapi pada umumnya ia meningkat. -->

Ada pun cerita jenayah itu meningkat itu sudah lama. Seperti keadaan harga barang. Ia tidak pernah turun. Ia meningkat dan meningkat.
Dalam tulisan saya sebelum ini, telah saya sebutkan bahawa keadaan jenayah yang parah itu adalah bayaran tunai Allah kepada masyarakat yang menolak hudud. Hudud cuba diperkenalkan oleh PAS di Kelantan dan Terengganu, selian ia adalah perintah Allah, tetapi ia saja undang-undang yang paling berkesan bagi mencegah jenayah.
Tetapi ia bukan sekadar dihalang oleh kerajaan Pusat, malah dipersenda oleh masyarakat Islam yang mempertahankan undang-undang ciptaan manusia itu.
Kedua-dua pimpinan ulama utama PAS, Tuan Guru Mursyidul Am Nik Abdul Aziz dan Presiden Ustaz Abdul Hadi Awang memberi komen serentak terhadap kenyataan polis tentang peningkatan jenayah itu, mengesahkan ubat kepada penyakit sosial itu adalah melaksanakan hudud.
Tok Guru Nik Aziz bercakap begitu dalam interbiu dengan Harakah dan Tuan Guru Abdul Hadi pula ketika berucap di Maahad Tahfiz di Tok Jiring dekat Kuala Terangganu.
Kedua pemimpin PAS itu mengingatkan kembali betapa jenayah dalam masyarakat bukan sekadar tidak dapat dihapuskan, malah tidak dapat diminimakan selagi tidak dilaksanakan undang-undang ciptaan Allah khususnya hudud.
Sejak mula PAS membuat tuntutan supaya dilaksanakan undang-undang Islam di Malaysia merdeka ini, tujuannya selain dari mentaati perintah Allah, adalah demi mententeramkan negara dan masyarakat dari semua bentuk maksiat termasuklah jenayah.
Isu itu tambah menonjol apabila Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri dalam satu pilihan raya kecil DUN dekat Kuala Terengganu hujung 80-an mencabar supaya PAS merangka undang-undang hudud.
Ia memberikan ruang yang lebih ketara kepada PAS untuk menerangkan secara terperinci tentang hikmat pelaksanaan hudud itu.
Pilihan raya kecil itu adalah untuk mengisi kerusi yang dikosongkan oleh Ustaz Baharudin dari PAS yang kemenangannya dibatalkan oleh mahkamah.
Cabaran Dr. Mahathir itu dipercayai bukan kerana mahu hudud itu dilaksanakan tetapi untuk menjauhkan lagi PAS dari masyarakat bukan Islam, kerana antara hukum hudud itu adalah mengerat tangan pencuri. Masyarakat bukan Islam gerun mendengar hukuman itu, maka diharapkannya pengundi bukan Islam tidak lagi mendekati PAS.
Tetapi ia adalah kesempatan pula bagi semua penduduk untuk mengikuti penjelasan dari PAS tentang hikmat pelaksanaan hudud itu. Ia saja undang-undang yang dapat menyelesaikan kejadian jenayah yang berleluasa dalam masyarakat.
Sebelum kemunculan Islam di Makkah, masyarakat jahiliyah Arab bergelumang dengan jenayah. Pelaksanaan hudud berikutan masyarakat Arab menerima Islam, jenayah dapat dibenteras.
Amerika adalah bangsa yang paling maju dengan undang-undang jenayah yang ketat dan polis yang cekap, tetapi pembunuhan di New York bukan lagi mengikut hari tetapi mengikut jam. Setiap jam ada pembunuhan.
Undang-undang manusia telah terbukti gagal untuk mengekang jenayah.
Antara yang dijelaskan, selain dari jenayah itu amat berkurangan oleh pelaksanaan undang-undang yang menggerunkan tetapi adil, Allah tanamkan ke hati orang ramai rasa benci kepada semua bentuk jenayah. Justeru itu mereka tidak melakukan jenayah. Akhirnya jenayah itu hapus bukan kerana banyak tindakan yang dilakukan, tetapi kerana orang ramai dengan sendiri tidak melakukan jenayah.
Yang menghapuskan jenayah itu bukan kerana polis cekap dan kuat kerja, tetapi keberkatan yang Allah beri menyebabkan tiada kejadian jenayah.
Ia menambah kefahaman umat Islam tentang hikmat hudud dan orang bukan Islam ada pengetahuan mengenainya.
Dan apabila undang-undang itu diluluskan oleh DUN Kelantan dan Terengganu, kerajaan Malaysia dan Umno menolaknya dan berloyar buruk pula dengannya. Maka hudud tidak dilaksanakan.
Dulu jenayah itu terus ada kerana hudud tidak ada. Ia tidak seteruk sekarang kerana antara pemimpin kerajaaan dan Umno yang melaksanakan undang-undang dan memerintah tidak mendapat penjelasan Islam yang cukup tentang hudud.
Sekarang mereka telah mendapat penjelasan yang cukup. Tetapi mereka menolaknya dan rakyat pula menyokong kedegilan kerajaan itu. Maka apakah balasan kepada orang-orang yang ingkar itu? Allah turunkan bala. Jenayah yang kian banyak itu adalah bala kerana tidak menerima ajaran Islam yang mengatakan hudud boleh mencegah jenayah. Kerajaan mengaku undang-undang Islam itu elok dan sempurna tetapi terus bebal dengan menolaknya.
Nurin yang belum baligh menjadi mangsa pembunuhan. Apa salahnya? Dia tidak bersalah tetapi masyarakatnya dan kerajaan yang berkuasa atas masyarakatnya menolak hudud.
Kerajaan kononnya bersungguh memerangi jenayah termasuk rasuah, ditambah polis dan staf BPR, dilatih mereka, tetapi percayalah selagi hudud tidak dilaksanakan, semua bentuk jenayah akan berganda dan peperangan terhadap rasuah adalah gendang kosong.
Ia akan menjadi kerajaan yang sia-sia./tajdid -->