abuazzam

Sunday, December 31, 2006

Berzina tapi ikhlas...

Good one..

Berzina tapi ikhlas...


abiumar menulis "Semalam seorang sahabat mengirimkan ustazmuda satu e.mail dan meminta agar ustazmuda dapat mengeluarkan di blog dan dikongsikan dengan beberapa groups. Kiriman e.mail yang juga beliau dapati melalui e.mail sahabat lain... kira perpanjangkan perkara yang baik moga ada manfaatnya. E.mail merupakan satu soaljawab seorang remaja dengan seorang pendakwah. Pendakwah yang memang agak dikenali tika ini.Persoalan yang boleh dikira sebagai lumrah dialam remaja sekarang. Remaja yang sedang kita hadapi hari ini. Persoalan mungkin pelik bagi kita tetapi adalah dianggap biasa pada mereka. Itulah hakikatnya. Perzinaan!!! sesuatu yang seolah sudah menjadi biasa bukan sahaja dikalangan remaja, bahkan melibatkan setiap generasi. Dari pelajar sekolah hinggalah ke warga emas yang telah menjangkau usia pun terlibat dalam perkara sebegini. Amat menggerunkan.Ustazmuda tidak mahu memanjangkan kalam... teliti fahami dan hayatilah pemikiran sebahagian besar anak muda kita sekarang.Soalan :Seorang remaja yang menamakan dirinya Yang Ikhlas telah menghantar satu surat kepada Dr Danial Zainal Abidin baru-baru ini. Antara isi surat itu ialah:Dr. Danial yang dihormati. Saya telah bercinta dengan seorang wanita. Demi cinta kami telah berzina, tetapi saya tidak rasa bersalah sebab saya ikhlas dengannya. Saya hendak mengambilnya sebagai isteri saya. Saya tidak bertujuan untuk mempermainkannya. Rakan-rakan saya mengatakan tindakan saya adalah gentleman, tetapi saya telah dimarahi oleh orang-orang tua saya. Saya rasa mereka berotak kolot. Apakah pandangan dan nasihat tuan.Jawapan Dr. Danial Zainal Abidin:Yang Ikhlas & yang dihormati. Saya bersyukur tentang keikhlasan saudara dan saya berharap itulah asas perbincangan kita. Dengan keikhlasan itu jugalah saya menulis jawapan ini kepada saudara. Dunia pada hari ini sedang dilanda krisis. Satu di antaranya ialah krisis nilai. Krisis nilai inilah yang menjadi sebab keruntuhan Empayar Rom. Edward Gibbon dalam bukunya The History of Decline and Fall of the Roman Empire telah menulis bahawa: ' Segala dasar-dasar akhlak dan moral di Rom telah runtuh sehingga ramai orang memilih jalan untuk hidup bebas... Di akhir abad keenam, Kerajaan Romawi Timur sedang berada di ambang keruntuhan yang paling dahsyat sekali!Nabi datang untuk selamatkan kita dari kehancuran yang seperti itu.Nabi bersabda: 'Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia'. (Hadis riwayat Ahmad & Baihaqi)Nilai akhlak inilah yang merupakan landasan dan kayu pengukur yang penting bagi kita. Akhlak tidak menghalang kehendak-kehendak fitrah. Ia mencantikkannya. Sebagai contoh, Islam tidak pernah menyuruh kita menutup nafsu seks, sebaliknya menyalurkannya kepada suatu yang murni, selamat dan mendamaikan. Perkahwinan adalah salurannya.Alangkah indahnya firman Allah yang bermaksud: 'Isterimu adalah ladang bagimu maka datangilah isterimu dengan cara mana yang kamu mahu'(Surah Al-Baqarah ayat 223).Dalam bahasa mudah, selepas berkahwin, puaskanlah nafsumu dengan isterimu sesuka hatimu, melainkan dengan cara yang jelas telah diharamkan kerana kemudaratannya. Saya harus mengatakan bahawa nilai pada hari ini banyak diasaskan kepada konsep Machiavellianisme yang dipopularkan oleh seorang pemikir dari Florence, Italy yang bernama Niccolo Machiavelli. Machiavelli, dalam bukunya The Prince telah menekankan konsep the end justifies the means ataupun niat membersihkan cara.Asalkan niat kita baik, berzinalah, menipulah, khianatilah, menyamunlah dan begitulah seterusnya. Semua adalah halal bagi Machiavelli. Laporan akhbar 6 Ogos 1999 juga ada perkaitan dengan krisis nilai ini apabila seorang tokoh koporat berpangkat Datuk, telah menceritakan di mahkamah tentang hubungan seksnya dengan seorang pembaca berita RTM. Beliau mengatakan bahawa niatnya adalah suci kerana bertujuan untuk mengahwininya. Itulah nilai yang sedang melanda dunia sekarang: Seks adalah suci walaupun tanpa perkahwinan!Memang ada yang mengatakan bahawa pergaulan dan seks bebas ini adalah lambang kemajuan dan kemodenan. Nilai agama dan akhlak adalah kolot. Jika demikian, mari kita perhatikan hasil dan sumbangan seks bebas kepada dunia. Seks bebas telah berjaya merebakkan penyakit AIDS, contohnya di Thailand, sehinggakan akhbar Der Spiegel pernah menjadikan tajuk AIDS in Asia - Killer Epidemic in Sex Paradise (AIDS di Asia - Wabak Pembunuh di Syurga Seks), sebagai tajuk muka depannya.Di California, hampir 61,000 bayi luar nikah dilahirkan pada tahun 1997. Kajian oleh Jabatan Perkhidmatan Kesihatan dan Kemanusiaan Amerika mendapati bahawa anak-anak luar nikah ini mempunyai lebih daripada dua kali ganda kemungkinan diserangi masalah emosi di dalam hidup mereka, berbanding dengan anak-anak lain (Rujukan: California Teenage Pregnancy Statistics).Kita di Malaysia juga telah dimalukan dengan penonjolan kes pembuangan bayi luar nikah di kalangan remaja-remaja kita. Semua ini bukanlah sumbangan yang membanggakan bagi dunia moden. Islam menekankan bahawa niat dan cara perlu betul. Niat kena ikhlas, cara kena mengikut syariat. Syariat mengharamkan zina.Nabi kita bersabda, Selepas dosa syirik kepada Allah, tidak ada dosa yang lebih besar daripada seseorang meletakkan air maninya ke faraj yang tidak halal baginya!(Hadis riwayat Ahmad & Thabrani)Saya berharap saudara Yang Ikhlas akan kembali ke jalan yang murni berdasarkan agama. Seks bebas dan keruntuhan moral bukannya lambang kemajuan sebaliknya lambang kemunduran dan kehancuran. Kaum Lut hancur kerananya. Kota Pompei hancur kerananya. Empayar Rom juga hancur keranannya. Justeru, kembalilah ke pangkal jalan."... teringat ustazmuda satu kisah di zaman baginda rasul dahulu. Di mana rasul SAW didatangi oleh seorang musyrik dan mengatakan kepada baginda akan keinginannya untuk menganut Islam, akan tetapi beliau tdak dapat meninggalkan perbutan zina. Baginda tidak pula memarahinya jauh sekali mengherdik pemuda itu, justeru baginda bertanya semula.Sukakah kami andai seseorang berzina dengan ibu kamu???Sukakah kamu andai seseornag berzina dengan kakak kamu???Sukakah kamu andai seseornag berzina dengan adik kamu???Lantas pemuda tersebut mengatakan tidak. Nabipun menyambung, begitu jugalah kepada mereka yang dizinai. Begitulah pendekatan nabi lembut dan penuh hikmah.Nukilan : Dr. Danial bin Zainal Abidin(M.B.Ch.B. Universiti Alexandria)Doktor Perubatan, Pengarah Urusan Danial Zainal Consultancy,Motivator Mutiara FM (Radio Pulau Pinang),Penulis 8 buah buku,Kolumnis Majalah I terbitan Karangkraf,Penasihat Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa,Imam Waris Beradat Pertubuhan Seni Silat Gayung,Pendakwah Bebas dan Khatib JemputanBapa 8 Orang Anak (3 Belia 4 Remaja dan 1 Tadika)

Sistem nilai generasi muda semakin hancur

Email yg diterima ini sangat memedihkan jiwa..ke mana nasib anak-anak muda kita...

Terkedu Menatap Majalah Jelita Februari 2006

Posted by: "Brother Nawawi" nawie83@yahoo.com nawie83

Sat Dec 23, 2006 8:24 am (PST)
Terkedu Menatap Majalah Jelita Februari 2006Ketika ‘Aidilfitri yang lalu…Suatu hari..,Saya mencapai himpunan majalah yang ada di atas almari. Majalah i sukar ditemui di sini. Kampung yang agak jauh ke pedalaman. Hanya majalah fesyen yang mudah dibeli. Ketika membelek Majalah Jelita Februari 2006, saya tergamam ketika membca kenyataan yang dibuat oleh seorang gadis bertudung berkenaan pendidikan seks. Katanya;“Ketika usia 14 tahun. Ibu bapa pada zaman ini lebih bersikap terbuka dalam membincangkan hal ini, berbeza dengan zaman dahulu. Namun begitu, saya lebih selesa bercakap mengenainya bersama teman lelaki dan teman rapat. Bagi saya seks tidak semestinya selepas berkahwin. Ia bergantung kepada individu. Mungkin ada yang cuba mencari keserasian dengan pasangan melalui hubungan seks” – S*** *** ***, 22.Seks tidak semestinya selepas berkhawin??? Idea siapakah ini? Janganlah disebutkan Islam yang diperlambangkan oleh beliau melalui tudungnya. Cukup ditanya, Melayu mana yang berfikiran begitu? Apakah sistem nilai kita sudah berubah hingga ke tahap ini? Nama dipampang, wajah ditera, bersama kenyataan yang amat memperlekehkan Allah dan syariat-Nya. Tiada berselindung, tiada juga malu atau segan. Apa sudah terjadi kepada gadis Melayu ini? Mungkin ramai lagi di luar sana yang bersifat sepertinya?Saya berulang kali membaca kenyataan gadis itu. Takut tersalah faham. Tetapi itulah yang dipaparkan. Dan ‘Aidilfitri saya ketika itu begitu tidak ceria dengan kenyataan yang telah saya baca itu...

Wednesday, December 27, 2006

Negara hancur jika gejala sosial tidak ditangani

Negara hancur jika gejala sosial tidak ditangani
01/11/2006
Dr. Syed Ali Tawfik Al-Attas.
KUALA LUMPUR 31 Okt. - Negara kini sedang menuju kehancuran jika gejala sosial di kalangan belia yang semakin bertambah hari demi hari, tidak ditangani segera.
Kebimbangan itu diluahkan Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Dr. Syed Ali Tawfik Al-Attas berikutan bertambahnya jumlah penagih dadah, kes juvenil dan penghidap HIV di seluruh negara.
Beliau berkata, golongan belia perlu disedarkan dan diberi bimbingan agar nilai baik yang ada pada diri dapat disubur serta disalur ke arah kebaikan ummah.
‘‘Dengan mengambil kira kes-kes sosial seperti gejala ‘mat rempit', seks bebas, kongsi gelap, ragut, samun, rogol dan sebagaimana yang sering disiarkan di akhbar dan berita televisyen, kita boleh katakan bahawa jika beginilah bentuk belia yang ada pada hari ini, negara kita sebenarnya sedang menuju ke arah kehancuran,'' katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucaptama Konvensyen Islam Hadhari Belia Peringkat Kebangsaan bertajuk Belia Pemacu Generasi Hadhari di sini hari ini.
Konvensyen itu dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Mohd. Yasin Mohd.. Saleh.
Menurut Syed Ali Tawfik, berdasarkan data Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam), bilangan penagih yang dikesan pada tahun 2005 ialah seramai 32,808 orang.
Daripada jumlah itu katanya, 23,699 orang atau 72.23 peratus adalah golongan belia yang berusia 16 hingga 39 tahun.
Katanya, kaum Melayu mencatatkan bilangan penagih teramai iaitu 22,344 orang berbanding Cina iaitu 5,131 orang dan India (3,228 orang).
Bagi angka jangkitan HIV dan kes Aids sehingga Disember 2004, seramai 64,439 adalah pembawa HIV dan 9,442 pesakit Aids dikesan di seluruh negara, katanya.
Mereka yang berusia 20 hingga 39 tahun menjadi kelompok terbesar pembawa dan penghidap penyakit berbahaya itu.
Beliau memberitahu, perangkaan Jabatan Kebajikan Masyarakat pula menunjukkan sebanyak 6,056 kes juvana dilaporkan pada 2004.
Angka ini menunjukkan peningkatan sebanyak 1,058 kes juvana berbanding kes yang dilaporkan pada tahun 2003, katanya.
‘‘Jika permasalahan ini tidak dibendung, kita khuatir ia akan merebak dan seterusnya menjadi satu kebiasaan walaupun sebelum ini, ia merupakan sesuatu yang menyalahi nilai akhlak ketimuran yang kita amalkan,'' jelasnya.Sumber Utusan Malaysia 1/11/06